Memang sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Talam Pandan

Memang sedap.

BAHAN-BAHAN

  • *Lapisan Bawah – Hijau:
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 1/4 cawan tepung beras
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 5 1/2 cawan air pandan (10 helai daun pandan)
  • 1 1/2 sudu air kapur
  • **Lapisan Atas – Putih:
  • 1/3 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan
  • 4 sudu tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan semua bahan *. Kacau hingga tidak bergentel. Masak sekejap dengan api sederhana, kacau. Cukup sampai naik wap dan gula hancur.
  • Isikan dalam acuan yang disapu minyak. Kukus hingga masak (15-20 minit) bergantung kepada saiz bekas.
  • Campur semua bahan **. Kacau. Masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.
  • Tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
  • Pastikan penutup kukusan dibungkus dengan kain, untuk menghasilkan permukaan yang cantik & rata.
  • Biar betul-betul sejuk baru potong.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN