Aneka Kuih Talam
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Talam Koko Marble
Aneka Kuih Talam
BAHAN-BAHAN
- Bahan A
- 150gm tepung beras
- 150gm tepung ubi
- 150gm tepung sago
- 350ml santan pekat KARA
- 210ml air
- Bahan B
- 350gm gula kaster
- 750ml santan cair (100ml santan pekat kara + 650ml air)
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sudu teh garam
- Bahan C
- 1 sudu besar serbuk koko
- 1/2 sudu teh coklat emulco
CARA PENYEDIAAN
- Sebatikan bahan A. Gaul rata
- Masak bahan B sehingga mendidih dan tuangkan kedalam bahan A. Gaul rata dan tapis.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan bahan C kedalam satu bahagian adunan dan satu bahagian lagi dibiarkan tanpa warna.
- Bahagikan adunan koko kepada 3 bahagian dan adunan tanpa warna kepada 4 bahagian.
- Kukus satu bahagian tanpa warna 250ml selama 5 minit.
- Apabila masak, tuangkan adunan koko 250ml keatas lapisan tadi. Kukus selama 5 minit.
- Ulangi langkah 5 dan 6 sehingga habis.
- Untuk membuat corak marble, asingkan 2 sudu besar adunan dan campur dengan 1 sudu teh coklat emulco. Lapisan terakhir hendaklah diangkat dari pengukus dan titikkan coklat emulco kemudian gunakan lidi dan buatlah corak marble. Hati-hati ketika mengangkatnya balik ke pengukus kerana adunan mungkin akan bercampur.
- Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus semula selama 20-30 minit.
- Rasa kuih ni lembut dan kenyal jika nak rasa koko yang kuat masukkan 1 sudu kecil nescafe..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.