Biskut makmur dan terasa makmurnya bila makan….garing hingga ke inti…hahaaa… :D

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Makmur (Tanpa Telur)

Biskut makmur dan terasa makmurnya bila makan….garing hingga ke inti…hahaaa… :D

BAHAN-BAHAN

  • Bahan2 Doh:
  • 1 1/2 kilo tepung gandum
  • 250 g mentega – lembut (nak sedap guna yang berjenama)
  • 1 sb minyak sapi
  • 1 sk garam halus
  • Bahan2 inti :-
  • 600 g kacang tanah
  • 250 g mentega – lembut
  • 400 g gula serbuk
  • sedikit garam
  • *secukup gula kastor atau gula serbuk utk tabur
CARA PENYEDIAAN
  • **Cara2 membuat doh :-
  • Pukul mentega dan minyak sapi hingga 1/2 kembang dan masukkan tepung sedikit2 dan uli hingga boleh dibentukkan.Bubuh sedikit pewarna hijau jika ingin kuihnye kelihatan seperti daun.
  • Ambil sedikit adunan,leperkan dan isikan dgn inti yg tlh disediakan. Sepit diatasnya seperti bentuk daun kemudian atur dlm dulang pembakar dan bakar dgn suhu 150C selama 25-30 min. Setelah masak,tabur rata dgn *gula.
  • **Cara2 membuat inti,haruslah disediakan lebih awal :-
  • Kacang tanah dibakar dlm oven.Dibuang kulitnya dan dikisar halus.Kemudian dicampurkan dgn mentega dan gula dan digaul sebati.
  • Ambil sedikit inti dibulat2kan seperti guli2 kecil dan disimpan didlm petisejuk.Tujuannye supaya inti tidak berderai ketika diisi ke dlm adunan doh.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN