Biase sebut lompang boyan aje….sesuai buat sarapan dan majlis2 keramaian…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kuih Lompang Bawean™

Biase sebut lompang boyan aje….sesuai buat sarapan dan majlis2 keramaian…

BAHAN-BAHAN

  • 300 g tepung beras
  • 1.3 ltr air
  • 6 helai daun pandan(tumbuk dan ambil airnya)
  • 1 sb air kapur
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sk pewarna hijau
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka*
  • 200 ml air*
  • 2 helai daun pandan* disimpul – (masak bahan sirap*,tapis dan sejukkan)
  • 4-5 helai daun pisang berukuran 40cmx30cm – bersihkan dan dilayukan
  • 1 biji kelapa parut putih dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan hiris
  • tali rafia secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan tepung beras,air,air pandan,kapur dan pewarna hijau di dalam kuiali atau periuk besar dan kacau rata.
  • Masak hingga pekat di atas api sederhana dan hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak bergentel.Matikan api dan biar adunan agak2 suam atau sejuk terus.
  • Panaskan kukusan.Ambil secukup adunan dan bubuhkan di atas sekeping daun pisang.Gulung daun pisang berisi adunan agar ia berbentuk seperti lontong daun.Pastikan gulungannya rapi kemudian ikat kemas2 menggunakan tali rafiah.
  • Kukus adunan yang telah dibungkus selama 30 min.Sejukkan kuih.
  • Potong kuih bulat2 dengan menggunakan benang atau pisau plastik.
  • Sajikan kuih lompang bawean bersama kelapa parut dan sirap gula melaka.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN