Kuih ringkas tapi sedap, resipi dari ibu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KUIH LENGAT PISANG

Kuih ringkas tapi sedap, resipi dari ibu.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 kotak santan – 200ml
  • 3 kotak air – di sukat menggunakan kotak santan tadi
  • 1/2 sudu teh garam
  • Bahan B (Di lecek)
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan pisang
  • Bahan C
  • 1 biji pisang – di hiris (untuk taburkan keatas adunan)
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan loyang dengan menyapu sedikit minyak ataupun lapik dengan plastik untuk memudahkan kuih di keluarkan nanti.
  • Campur semua bahan A di dalam sebuah mangkuk besar.
  • Kacau hingga larut dan tapis kedalam periuk. Masukkan juga bahan B, iaitu pisang yang telah di lecek dengan gula.
  • Masak sebentar di atas api yang kecil sambil di kacau hingga terasa berat atau pekat sedikit dan matikan api.
  • Tuang adunan kedalam loyang, tabur hirisan pisang dan kukus adunan selama 30minit atau sehingga masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN