Aneka Kuih Talam
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Lapis Serimuka
Aneka Kuih Talam
BAHAN-BAHAN
- Bahan Lapisan Bawah
- 500gm beras pulut
- 300ml air
- 200ml santan pekat KARA
- 2 sudu teh garam
- 2-3 titis pewarna biru
- Bahan Lapisan Atas
Bahan A - 200 gm tepung beras
- 100 gm tepung gandum
- 150 ml santan pekat KARA
- 220 ml air
- 1/2 sudu teh esen rose
- 1/2 sudu besar minyak
- Bahan B
- 250 gm gula kaster
- 50 ml santan pekat KARA
- 450 ml air
- 1/2 sudu teh garam
- 1 helai daun pandan
- pewarna merah, biru
CARA PENYEDIAAN
- Lapisan Bawah : Cuci beras pulut dan toskan.
- Kukus bersama dgn bahan-bahan lapisan bawah selama 30 minit.
- Angkat, ambil sedikit pulut, titiskan dengan sedikit pewarna biru, biar bergaul rata sebelum di masukkan ke dalam pulut selebihnya, gaul biar sekata dan tekan ke dalam loyang yang dialas dengan plastik atau di sapu dengan minyak tekan hingga padat. Ketepikan.
- Lapisan Atas : Sebatikan (A). Masak bahan B hingga mendidih, tuangkan ke dalam A, gaul rata dan tapis. Bahagikan kepada 3 bahagian, satu bahagian warna merah, satu bahagian warna biru dan biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal.
- Tuangkan adunan warna merah ke atas pulut, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 10 minit. Sekiranya terdapat takungan air pada permukaan, tuang keluar air tersebut, biarkan wap hilang dari permukaan lapisan baru dituangkan lapisan seterusnya.
- Angkat dan tuangkan adunan warna asal, buat seperti diatas, kukus selama 15 minit.
- Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
- Biarkan betul-betul sejuk baru di potong menggunakan pisau plastik yang telah disapu dgn sedikit minyak.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.