Aneka Kuih Lapis
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Lapis Peanut Butter
Aneka Kuih Lapis
BAHAN-BAHAN
- Bahan A (Lapisan Putih)
- 120gm tepung beras
- 60gm tepung ubi
- 430m santan pekat KARA
- Bahan B (Lapisan peanut butter)
- 80gm tepung beras
- 60gm tepung ubi
- 350ml santan pekat KARA
- 100gm gula halus
- 200ml air
- 160gm peanut butter – halus
- Bahan C
- 150gm gula pasir
200ml air - Pewarna, merah, hijau
CARA PENYEDIAAN
- Masak bahan C hingga gula larut. Ketepikan
- Satukan bahan A, masukkan bahan C, gaul rata kemudian tapis.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian diletakkan pewarna merah dan satu bahagian lagi pewarna hijau.
- Untuk adunan peanut butter : masak air dan gula hingga larut. Satukan bahan B, masukkan air gula tadi dan peanut butter, gaul rata dan tapis. Bahagikan adunan peanut butter kepada 2 bahagian.
- Leser sedikit minyak pada loyang 8″ dan tuangkan satu bahagian adunan peanut butter dan kukus selama 5 minit.
- Adunan hijau dibahagikan kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dari adunan hijau dan tuangkan keatas no. (5) tadi. Kukus selama 5 minit.
- Adunan merah dibahagikan kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dari adunan merah dan tuangkan keatas no. (6) kukus selama 5 minit.
- Ulangi langkah 5 – 7 hingga habis.
- Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
- Biarkan sejuk baru dipotong.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.