Aneka kuih lapis
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Lapis Kacang Hijau
Aneka kuih lapis
BAHAN-BAHAN
- Bahan A
200 gm tepung kacang hijau - 50 gm tepung hoon kwee
- 40 gm tepung kanji
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh pewarna hijau
- Bahan B
- 300 gm gula melaka
- 100 gm gula halus
- 2 helai daun pandan
- 800ml santan pekat KARA
- 400 ml air
- Loyang 9″ empat segi
CARA PENYEDIAAN
- Satukan bahan B, masak sehingga gula larut. Ketepikan.
- Satukan semua bahan A, kecuali pewarna didalam mangkuk dan tuangkan bahan B tadi, kacau rata dan tapis.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna hijau.
- Setiap bahagian pula dibahagi kepada dua. Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
- Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan keatas lapisan pertama tadi. Kukus selama 10 minit lagi. Ulangi proses mengukus dengan diselang selikan adunan. Sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air dipermukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut. ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
- Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25minit sehingga masak.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.