suka red bean…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Lapis Dengan Pes Kacang Merah

suka red bean…

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 200ml santan UHT M&S
  • sedikit garam
  • 3/4 cawan gula
  • 400 gram pes kacang merah
  • pewarna merah dan kuning star brand
  • 1 cawan air panas untuk larutkan gula
  • 3 cawan air biasa
CARA PENYEDIAAN
  • Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.
  • Masukkan santan dan 3 cawan air.
  • Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
  • Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning.
  • Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti.
  • Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  • Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.
  • Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.
  • Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.
  • Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN