Garing di luar,lembut di dalam. Sesuai dicicah kari atau ditabur gula kastor.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Kembung Dendan
Garing di luar,lembut di dalam. Sesuai dicicah kari atau ditabur gula kastor.
BAHAN-BAHAN
- 4 cawan tepung gandum
- 6 oz air suam-suam kuku
- 1/2 bungkus yis segera (maksu guna Mauripan)
- 1 sudu makan majerin
- 2 oz susu sejat (jika x guna susu,tambah 2 oz air suam)
- 1/2 sudu garam
- gula kastor untuk tabur
- sedikit tepung ubi (digunakan supaya tidak melekat semasa mencanai)
- Minyak untuk goreng terendam.
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan yis mauripan dalam air yang suam-suam kuku. Larutkan. Masukkan susu sejat.
- Masukkan majerin dan tepung gandum. Uli sampai lembut.Memang akan melekat sedikit di tangan tetapi tidak mengapa.
- Biar sekejap hingga naik.,lebih kurang 5 minit
- Tabur sedikit tpg ubi dan canai nipis(lebih kurang 0.25 cm)
- Potong memanjang selebar 1 cm . Ambil tiga urat dan cantumkan bahagian hujungnya. Anyam seperti dendan.
- Jika anyaman itu panjang,bolehlah dipotong supaya sama panjang semuanya.
- Dah siap anyam,bolehlah terus digoreng. Mulakan dengan adunan yang mula-mula dianyam dan seterusnya.kerana ianya sudah naik. Goreng hingga kekuningan.
- Dah sejuk,taburlah gula kastor. Jika tidak pun boleh dicicah dengan kari.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.