Belajar dari Mak saya.. tambah keledek supaya senang budak nak makan tak liat
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Kelopong aka Buah Melaka
Belajar dari Mak saya.. tambah keledek supaya senang budak nak makan tak liat
BAHAN-BAHAN
- Tepung Pulut
- Beberapa helai daun pandan + air (diblander, tapis & ambil air shj)
- Gula Melaka @ Gula Kabung (potong dadu)
- Kelapa parut (putih sahaja)
- Sebiji keledek / kentang (Rebus & lecek)
CARA PENYEDIAAN
- Satukan tepung pulut dan keledek/kentang yang telah dilecek hingga berderai & sebati.
- Curah sedikit demi sedikit air pandan hingga tepung senang dibentuk & tidak melekat di tangan. Boleh juga ganti dgn pewarna pandan atau pandan emulco
- Didihkan air dlm periuk. Ambil sedikit doh, bulatkan dan tekan kedalam gula yang telah didadu pada doh dan bulatkan. Saiz kuih agak2 berdiameter 20sen
- Masukkan kuih ke dalam air yang sedang mendidih, jika didihan air terlalu kuat kecilkan sedikit api supaya dpt tgk kuih yang sudah terapung. Apabila kuih sudah terapung, jgn biarkan lama dlm periuk supaya gula tidak cair, terus angkat dan golekkan atas Kelapa parut yang sudah digaul sedikit garam
- Susun atas pinggan & sedia dihidang.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.