pemberian resepi dari seorang sahabat…(ILU)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih kaswi@ lompang
pemberian resepi dari seorang sahabat…(ILU)
BAHAN-BAHAN
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 2 1/4 cawan tepung ubi
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 1/2 cawan gula putih (kalau suka manis buat 2 cawan)
- 2 cawan gula merah (saya guna yg elok punya jadik tak yah nak buang pasir)
- 9 cawan air
- 1/2 sudu besar kapur ( kapur tu kalau keras tambah air panas dulu biar dia cair..lepas tu ambik air ngan kapur2 nya sekali)
CARA PENYEDIAAN
- mula2 masak gula merah dan gula putih bersama dengan 2 cawan air. masak hingga gula hancur dan sebati.
- selepas gula dah masak, tapis air gula tadi. kemudian campur kan lagi dengan air hingga bancuhan air gula tadi menjadi 9 cawan air gula. (kiranya air gula tadi…lepas tapis sukat la dapat berapa cawan…lepas tu jadikkan dia sampai dapat 9 cawan)
- campur semua tepung dan kapur, lepas tu masuk kan air sikit2 dan kacau sebati.
- untuk pastikan semua bahan sebati, tapis kan bancuhan tadi.
- sebelum membancuh bahan tadi, boleh lah dipanaskan kukusan, bila kukusan dah panas, isi bahan bancuhan kedalam loyang atau pun acuan lompang. kalau guna acuan lompang boleh isi penuh2.
- kukus kuih tadi selama 15-20 minit. lepas tu sekiranya ada air bertakung atas kuih, buka penutup kukusan tadi dan buang kan airnya…sama ada guna tisu dan lap2 kan kat atas kuih tadi atau pun guna penyepit kuih dan tonggeng kan sikit acu lompang tu biar air tu jatuh. kemudian masakkan lagi selama 10 minit dgn membiarkan tanpa ditutup kukusan tadi utk kasi air tu kering.
- bila dah kering boleh la di tutupkan api dan diangkat utk disejukkan.
biar kuih dah betul2 sejuk baru boleh dipotong atau dikeluarkan dari acuan lompang. - boleh lah dihidangkan bersama kelapa parut putih yg dicampur dengan sedikit garam. kukus selama 5 minit kelapa tadi utk kelapa tahan lama.
- utk mengelakkan kuih tu berair teruk kat atas dia…balut penutup kukusan dgn towel lembab.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.