Kuih ni favourite masa kecil sampai sekarang. Jarang jumpa org jual kuih ni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Getas-Getas

Kuih ni favourite masa kecil sampai sekarang. Jarang jumpa org jual kuih ni.

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket Tepung Pulut (500grm)
  • 1 biji Kelapa Parut (guna yg putih & muda)
  • Sedikit garam
  • 2 cawan air
  • Bahan-bahan untuk Sira Gula :
  • 1/2 cawan Air
  • 1/2 cawan Gula
  • Minyak untuk mengoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan Tepung pulut dan kelapa parut.
  • Campurkan air dengan garam
  • Masukan campuran air garam ke dalam mangkuk tepung dan kelapa tadi
  • Uli sehingga sebati dan menjadi doh, jgn lembik sangat/ keras sangat.
  • Ambil sedikit doh, gentel memanjang dan leperkan.
  • Goreng dengan api yang sederhana.
  • Cara untuk buat sira, campurkan Air dan gula di dalam kuali. biar pekat baru masukkan kuih tadi dan gaul rata.
  • Matikan api dan biarkan kuih tadi kering sedikit dan siap untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN