Sedap dimakan untuk minum petang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Bom

Sedap dimakan untuk minum petang.

BAHAN-BAHAN

  • 50 – 60gm bijan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Bahan-bahan doh:
  • 200-240gm tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • 190-200ml air
  • Sedikit garam
  • Bahan-bahan inti kelapa:
  • 60g gula melaka/gula merah
  • 20g gula pasir
  • 50ml air
  • 1/2 biji kelapa parut
CARA PENYEDIAAN
  • Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut.
  • Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut.
  • Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering.
  • Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam.
  • Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air – uli menjadi doh.
  • Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit.
  • Bubuh inti di tengahnya dan tangkupkan semula.
  • Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat.
  • Masukkan minyak yang banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan.
  • Dan siap untuk dimakan.
  • Petua kuih bom tak meletup dan tak merekah:
    1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam
    2. Minyak jangan terlalu panas
    3. Jangan menggoreng terlalu lama
    4. Terus menggoreng selepas siap dibuat – jangan dibiarkan pada suhu bilik

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago