Bagaimana cara nak masak Kuih Bakar Berlauk?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Bakar Berlauk

Bagaimana cara nak masak Kuih Bakar Berlauk?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 200 g daging kisar (Dihancurkan) 
  • 1 labu bawang besar      
  • 200 g ubi kentang ( Dipotong dadu)     
  • ½  batang lobak merah (Dipotong dadu) 
  • 2 sudu makan serbuk kari daging 
  • 1 pokok daun sup (Diracik) 
  • 3 biji cili merah (Dihiris) 
  • 1 cawan air 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B 
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan susu cair 
  •  3 cawan air 
  • 3 biji telur gred A 
  • ½ sudu teh pewarna kuning 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang besar sehingga wangi. 
    2. Masukkan daging kisar dan kacau rata. 
    3. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau rata sehingga pecah minyak.
    4.  Masukkan kentang, lobak merah dan garam. Masakkan sehingga empuk dan pekat. 
    5. Bancuhkan semua bahan B kecuali minyak masak. Tapiskan. 
    6. Panaskan sedikit minyak di dalam loyang dan tuangkan adunan kira-kira lebih separuh acuan. 
    7. Masukkan inti daging. Taburkan daun sup dan cili merah. 
    8. Panaskan oven pada suhu 180ºC api atas dan bawah.
    9. Masukkan acuan ke dalam oven dan bakar selama 20 minit. Sejukkan dan potong kecil. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN