Kuih Badak Berendam

Baru saja dapat resipi ini.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Badak Berendam

Baru saja dapat resipi ini.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Doh:
  • 180g tepung pulut
  • 20g tepung gandum
  • 160ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan Inti:
  • 100g gula merah
  • 100ml air
  • 120g kelapa parut (putih)
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan Kuah:
  • 500ml santan (1 biji kelapa)
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Garam secukupnya
  • Bahan Acuan: Daun pisang
CARA PENYEDIAAN
  • Inti: Masak gula merah dan air hingga larut, masuk garam, kelapa parut dan dan daun pandan. Kacau hingga agak kering. Biarkan sejuk.
  • Doh: Gaul tepung pulut, garam dan air secukunya hingga doh jadi lembut. Masukkan inti dan bentukkan bebola sebesar guli.
  • Bentukkan daun pisang seperti acuan tepung pelita. Atur 4 biji bebola ke dalam acuan.
  • Campurkan bahan kuah. Kemudian tuang ke dalam acuan daun pisang sehingga paras bebola.
  • Kukus selama antara 10-15 minit. Jangan kukus kuih terlalu lama kerana santan akan pecah minyak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago