Menu saya ni khas untuk orang yang malas nak peningkan kepala nak masak, simple je bak menu orang bujang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuey Teow orang bujang

Menu saya ni khas untuk orang yang malas nak peningkan kepala nak masak, simple je bak menu orang bujang.

BAHAN-BAHAN

  • Separuh dari sebungkus kuey teow
  • 1 genggam dada ayam yang telah dipotong dadu
  • 1 genggam kerang (optional)
  • 5-6 biji fishball
  • 1-2 genggam taugeh
  • 4-5 ketul tahu goreng
  • Segenggam kecil kucai
  • 3-4 sudu cili giling/boh/kering kisar (ikut pedas)
  • 2-3 biji bawang putih, diketuk
  • 2 biji limau nipis atau kasturi
  • Bahan sos
  • 1-2 SB Sos tiram
  • 1 SB Kicap mee
  • 1 SB Kicap manis
  • 1-2 SB Minyak bijan
  • Serbuk lada hitam
  • 1-2 SB sos cili
CARA PENYEDIAAN
  • Potong dada ayam jadi dadu. Potong half fishball. Potong kecil tahu goreng dan juga kucai.
  • Dalam satu bekas, satukan kesemua bahan sos dan gaul sebati, ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sehingga agak garing. Masukkan dada ayam.
  • Masukkan kerang dan goreng lagi. Masukkan sedikit air jika terlampau kering.
  • Masukkan kuey teow dan besarkan sedikit api. Dengan segera, masukkan bahan sos tadi dan kacau.
  • Masukkan fishball, tahu goreng, taugeh dan kucai bersama dan gaul rata. Perlahankan api.
  • Goreng sampai kering atau masukkan sedikit air bersama sedikit tepung jagung jika hendakkan sedikit kuah atau nampak sedikit basah.
  • Jangan lupa untuk merasa manis dan masinnya, jika kurang tambah sedikit garam atau gula. Sebelum makan, boleh diperah air limau di atasnya untuk feel yang lebih, selamat memasak

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN