resepi asal dari Abah saya, sesuai untuk sarapan pagi, minum petang, makan malam dan sebagainya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuey Teow Kerang Special

resepi asal dari Abah saya, sesuai untuk sarapan pagi, minum petang, makan malam dan sebagainya.

BAHAN-BAHAN

  • BahanA
  • 500gm Kuey Teow basah – relai2kan supaya ia tidak melekat
  • Atau
  • 250gm Kuey Teow kering – rebus hingga extended lembut yang dikehendaki, ketepikan[x]
  • 1/2 labu bawang putih – ditumbuk halus
  • 150gm Daun Kuchai – potong 1” panjang + 200gm Taugeh – basuh
  • 1 Fish cake empat segi memanjang yg dah siap digoreng – potong jgn terlalu nipis
  • 1 sudu teh rata cili serbuk/paprika (jangan terlalu banyak nanti pedas)
  • Sos tiram, kicap cap kipas udang, kiub ayam, sos tomato, cuka secukup rasa
    garam, gula, ajinomoto secukup rasa. Sedikt minyak untuk mengoreng
  • Bahan B (sila lihat cara-cara perenggan No. 1)
  • 500gm Kerang segar (saya suka sediakan kerang cara sebegini)
  • Atau
  • 200gm Isi kerang segar – dibasuh
  • Bahan C (Omelet/Telur masak hancur)
  • 2biji telur + garam + Sedikit minyak – buat omelet paling lembut, jgn terlalu keras
  • Bahan D (Sos kicap cili)
  • cili padi atau cili hijau + 1 biji Limau kasturi + Kicap kipas udang
  • Bahan E (Bahan Tabur)
  • daun sadri & daun bawang potong , bawang goreng, limau kasturi serta cili merah potong
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Masak air, sementara menunggu air mendidih, basuh sebersih-bersihnya kerang segar tersebut, masukkan kerang dalam bekas yang berpenutup kemudian curahkan air yang sedang mendidih sehingga menutupi keseluruhan permukaan kerang tersebut, tutup dengan penutupnya, biar ia terendam & masak sehingga 1/4 – 1/2 masak selama 10-15 min kemudian buang air panas, kopek kerang tersebut, ketepikan (saya suka sediakan kerang 1/4 masak kerana rasanya lebih sedap)
  • Pecahkan telur, masukkan sedikit garam, pukul sikit, panaskan kuali, dgn sedikit minyak , buat & masak telur masak hancur, ketepikan
  • Dgn menggunakan kuali yang sama, panaskan minyak secukupnya dalam kuali goreng bawang putih hingga naik bau & sedikit kekuningan, sambil mengacau bahan dalam kuali masukkan sos tiram, kicap, kiub chicken, tomato sos, 1 st cili,1sb cuka, gula, garam & ajinomoto secukupnya kacau sehingga ia naik sedikit minyak kemudian masukkan fish cake, kuetiaw, kerang kacau hingga keseluruhan bahan berpalut,
  • Masukkan pula dalam kuali yang berisi kuetiow yang sudah berpalut tadi dengan daun kuchai kacau 1-2min taburkan pula taugeh 1-2min,jika kurang kicap tambah lagi biar sampai extended yang dikehendaki goreng lagi 1-2min, akhir sekali masukkan telur masak hancur 1-2 min kacau, kemudian tutup api
  • Hidang dalam pinggan hidangan dengan taburan bawang goreng, hirisan daun sadri & daun bawang, hirisan cili merah, limau kasturi belah dua, di susun rata-rata
  • Potong bulat cili padi atau cili hijau, belah sebiji limau kasturi buang bijinya, perahkan jusnya, masukkan kicap kipas udang kacau sedikit, hidangkan bersama kuey teow

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending