Bagaimana cara nak masak Kuetiau Daging?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuetiau Daging
Bagaimana cara nak masak Kuetiau Daging?
BAHAN-BAHAN
- 1 paket kuetiau
- 1 sudu makan kicap cair
- 6 ulas bawang putih ( Dihiris)
- 3 biji bawang merah ( Dihiris)
- 1 inci halia muda ( Dihiris)
- 300 g daging (Dipotong nipis)
- 1 cawan air
- 3 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh lada hitam kisar
- ½ biji capsicum hijau ( Dihiris)
- ½ biji capsicum merah ( Dihiris)
- 4 sudu makan minyak masak
- Garam sekiranya perlu
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan 2 sudu makan minyak masak. Gorengkan kuetiau dan kicap cair. Gaul rata. Masukkan ke dalam pinggan hidang. Ketepikan.
- Panaskan baki minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
- Masukkan daging, air, sos tiram dan lada hitam. Masakkan sehingga daging lembut dan air kering.
- Masukkan capsicum hijau dan merah. Kacau rata.
- Tuangkan di atas kuetiau yang sudah digoreng. Sedia dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.