Bagaimana cara nak masak Kuetiau Daging Halia?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuetiau Daging Halia

Bagaimana cara nak masak Kuetiau Daging Halia?

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket kuetiau 
  • 200 g daging lembut (Dihiris nipis) 
  • 1 inci halia muda (Dihiris) 
  • 1 biji bawang merah (Dihiris) 
  • 2 ulas bawang putih (Diketuk) 
  • 3 sudu makan sos tiram 
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam 
  • 1 sudu makan kicap pekat 
  • 2 cawan air 
  • ½ biji capsicum hijau (Dihiris) 
  • 2 biji tomato (Dipotong kecil) 
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris) 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam sekiranya perlu
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan gorengkan kuetiau sebentar. Angkat dan 
      masukkan ke dalam pinggan. 
    2. Daging dihiris nipis. Basuh dan tuskan. 
    3. Panaskan baki minyak masak dan tumiskan halia muda, bawang 
      merah dan bawang putih sehingga layu. 
    4. Masukkan daging sos tiram, serbuk lada hitam, kicap pekat, dan air. 
      Masakkan sehingga daging lembut dan kuah hampir pekat. 
    5. Masukkan capsicum hijau dan tomato. Kacau rata sebentar. 
    6. Tuangkan atas kuetiau.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending