Lauk nasi kandar… bila masak curah saja atas udang/sotong/ketam yang telah digoreng.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuah Udang/Sotong/Ketam

Lauk nasi kandar… bila masak curah saja atas udang/sotong/ketam yang telah digoreng.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan 3 sekawan kisar (3 sekawan ialah bawang besar + bawang putih +halia)
  • 4 pokok daun ketumbar
  • 5 biji tomato
  • Segenggam 4 sekawan (4 sekawan ialah bunga lawang + cengkih + pelaga + kulit kayu manis)
  • 2 cawan cili kering kisar
  • 5 sudu serbuk kas-kas (ni yang buat ketagih ni..)
  • 1/2 cawan udang kering kisar
  • 5 sudu rempah daging
  • 5 sudu rempah ikan
  • 2 sudu serbuk jintan manis
  • 1/2 tin susu cair
  • Gula dan garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak, tumis 3 sekawan dan 4 sekawan hingga garing (wangi 1 kampung begitu).
  • Masukkan daun ketumbar dan tomato hiris.
  • Masukkan rempah ratus lainnya dan bahan perasa.
  • Biar betul-betul masak baru diangkat dan tuang atas udang ke/ketam ke/sotong ke yang terlebih dulu digoreng garam kunyit.
  • Boleh tabur dengan bawang besar goreng dan daun kari (ikut suka, kalau tiada pun tak apa).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN