kuah rojak (petis)

resepi masa sek dlu.. tapi telah diubahsuai ala2 petis… masak dlm 1 kuali besar…

dlm gambar ni petis digaul dgn tahu goreng yang dipotong dadu semata2..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kuah rojak (petis)

resepi masa sek dlu.. tapi telah diubahsuai ala2 petis… masak dlm 1 kuali besar…

dlm gambar ni petis digaul dgn tahu goreng yang dipotong dadu semata2..

BAHAN-BAHAN

  • lada kering – dikisar (dapatkan 1/2 blender)
  • 1 botol kecil kicap pekat jalen (boleh juga jenama lain)
  • 2 keping belacan besar (lagi banyak lagi sedap)
  • 1 buku gula melaka
  • 4 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • kacang tanah – digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar jika mahu
CARA PENYEDIAAN
  • tumis lada kering yg telah dikisar sehingga betul-betul garing. masukkan air ke dalam blender utk bersihkan sisa lada dan ketepikan.
  • selepas lada garing, masukkan 1 botol kicap pekat. kacau rata.
    air di dalam blender tadi di masukkan sedikit ke dalam botol kicap utk ambil semua sisa kicap pekat untuk elakkan pembaziran.
  • kemudian masukkan belacan yg dipatah2kan.. kacau sehingga belacan larut…
  • masukkan air yang ada dalam blender dan botol kicap tadi ke dalam kuali.. kacau rata..
  • masukkan gula melaka.. kacau dan biarkan gula cair.
  • akhir sekali masukkan gula pasir.
    kacau sehingga gula larut.
    sentiasa kacau petis ini jika tidak gula akan membuak dan boleh menyebabkan penuh dan keluar daripada kuali..
  • kacau dalam masa 30 minit lagi atau sehingga petis menjadi pekat dan bergetah apabila anda mengangkat sudip.
  • matikan api dan biarkan sejuk. kemudian boleh lah dihidangkan.
    buat rojak atau dicecahkan dgn buah pon sodapp~~

    selamat mencuba =)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago