Kuah Kacang Tauhu Sumbat

resipi sendiri..kegemaran papa dan keluarga..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuah Kacang Tauhu Sumbat

resipi sendiri..kegemaran papa dan keluarga..

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan kacang tanah ( siap di sangai dan di kisar halus )
  • 3 cawan air
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • 2 1/2 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 10 keping tauhu
  • Sedikit timun, sengkuang, taugeh dan karot
  • 1/4 cawan minyak ( untuk menumis kuah )
  • 1 cawam minyak ( untuk mengoreng tauhu )
  • 1/2 sudu makan cili boh
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan 1/4 cawan minyak. Tumis serai yang telah dititik dan bawang merah yang telah di tumbuk dan masukan cili boh. Masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kacang dan air dan semua bahan perasa. Masak sehingga agak pekat. Siap…
  • Panaskan 1 cawan minyak. Goreng tauhu yang telah di belah 2 menyerong. Goreng jangan terlalu garing. Cukup sekadar keperangan sahaja..
  • Hiris nipis timun, sengkuang dan karot, anggaran 1 1/2 in panjang..ikut kreativiti sendiri..
  • Tauhu yang telah masak di toreh sedikit di bahagian tengahnya dan di isi sedikit bahan2 yang di hiris tadi..siap untuk di hidangkan..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago