ni kuah kacang ciptaan sendiri…menjadi kegemaran suami…simple je..tapi sedap,amat sesuai d makan bersama roti,nasi himpit dan satay…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
kuah kacang sodap..
ni kuah kacang ciptaan sendiri…menjadi kegemaran suami…simple je..tapi sedap,amat sesuai d makan bersama roti,nasi himpit dan satay…
BAHAN-BAHAN
- 400 gram kacang tanah (di goreng,buangkan kulit dan kisar halus)
- 10 biji cili kering (rebus terlebih dahulu selama 10 minit)
- 1 biji bawang besar
- 3 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk cili
- 2 biji bunga lawang
- 3 biji cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 sudu makan gula
- 1 sudu makan air asam jawa
- garam secukup rasa
- 3 cawan air
- minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
- kisarkan cili kering dan bawang besar bersama sedikit air.kemudian ketepikan.
- bancuh serbuk kari,kunyit dan cili dengan setengah cawan air.ketepikan.
- panaskan minyak masak,tumis bunga lawang,kayu manis dan cengkih sehingga naik bau.kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar bersama dengan bancuhan kari.masak dengan api yang kecil sehingga garing.
- selepas itu,masukkan kacang yang telah di kisar.tambahkan dengan 3 cawan air.gaul hingga kacang sebati dengan air.
- tambahkan air asam jawa,garam dan gula.
- masak selama 10 minit dengan api yg kecil..gaul selalu bagi mengelakkan kuah daripada hangus.
- boleh gantikan 3 cawan air dengan air santan bagi yg sukakannya…selamat mencuba..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.