Kuah daging beriani. Untuk dimakan bersama nasi beriani.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuah Daging Beriani

Kuah daging beriani. Untuk dimakan bersama nasi beriani.

BAHAN-BAHAN

  • Setengah kilo daging lembu (potong kiub)
  • Setengah biji bawang besar (hiris)
  • Baki bawang merah + halia + bwang putih yang dikisar dari resipi Nasi Beriani Batu Pahat
  • 1 biji tomato saiz besar (belah 4)
  • 3-4 biji cili hijau
  • 2 sudu makan puri tomato
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1/4 cawan susu cair
  • Sedikit ghee (minyak sapi)
  • Sedikit rempah tumis
  • 3 sudu makan rempah beriani
  • Garam, gula dan Ajinomoto secukup rasa
  • Sedikit daun sup, daun bawang dan daun pudina
  • 1 sudu makan yogurt
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul daging dengan yogurt. Sementara itu, panaskan minyak sapi (anggaran rata bawah periuk).
  • Tumiskan rempah tumis dan bawang yang dihiris (biar bawang garing sedikit).
  • Masukkan baki bawang yang dikisar. Kacau sampai naik bau.
  • Masukkan daging dan gaulkan.
  • Masukkan tomato dan cili hijau. Cili tu tak perlu hiris. Masuk sebiji-sebiji.
  • Masukkan pula daun-daun, garam, Ajinomoto dan gula. Kacaukan sebati.
  • Tutup periuk, biarkan lebih kurang 10-15 minit supaya daging tu lembut. (Pastikan kuah tu sama rata dengan daging. Kalau tak rata boleh tambah air).
  • Ambil seketul daging, picitkan (untuk tengok sudah lembut atau belum).
  • Bila daging dah agak-agak empuk, masukkan sos tomato, puri tomato dan susu cair. Kecilkan api, kacaukan dan biar lagi atas dapur.
  • Akhir sekali, masukkan rempah beriani dan kacaukan sebati.
  • Bolehlah dihidang bersama nasi beriani.
  • Tambahan: Lupa pula nak beritahu, boleh juga ganti daging ni dengan kambing atau ayam. Kalau kambing ikut saja cara ni. Kalau ayam, goreng sekejap (jangan sampai garing) ayam tu baru masuk dalam kuah =)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN