Anak-anak suka ni…kegemaran suami dan mak mentua saya… tiap kali raya wajib ade ni.
Gambar daripada laporan masakan oleh syahmi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Koktel Kastad Istimewa

Anak-anak suka ni…kegemaran suami dan mak mentua saya… tiap kali raya wajib ade ni.
Gambar daripada laporan masakan oleh syahmi.

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin buah-buahan koktel campuran
  • 1 tin nata de coco
  • 1 tin kecil nanas kiub
  • Ceri merah dibelah dua (jika suka)
  • Agar-agar merah
  • Kuah kastad:
  • 1 tin susu cair (sy pakai IDEAL..lagi sedap)
  • 2 sudu besar tepung kastad (larutkan dalam sedikit air)
  • 6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sebab air koktel tu dah manis)
  • 2 sudu kecil esen vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak atas api yang sederhana. Kemudian, masukkan gula, larutan tepung kastad tadi dan esen vanila.
  • Kacau hinggap pekat. Jangan berhenti kacau sebab takut kastad tu bergentel.
  • Bila campuran susu dan kastad tadi tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, bolehla tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
  • Kemudian, satukan campuran buah-buahan koktel, nanas kiub, agar-agar, ceri dan nata de coco tadi dalam satu mangkuk besar. Masukkan sekali air di dalam tin buah-buahan koktel dan nanas tadi.
  • Kemudian, masukkan 3-4 sudu kuah kastad yang dimasak tadi ke dalam campuran koktel tadi. Ikut suka nak letak banyak mana, pekat ke cair ke. Gaul bagi sebati dan kemudian disejukkan.
  • Kalau suka, bolehla dihiaskan dengan ceri merah tadi. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yang dimesin kasar. Cubelah..anda pasti teruja….

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN