Masakan Jepun.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kobis Gulung

Masakan Jepun.

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji kubis
  • 1 tin tomato (400gm) + 1/2 tin air
  • 1/2 kiub ayam Knorr
  • ‘Basil flake’ (jika suka)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 3 sudu besar puri tomato
  • Gula, garam, lada sulah secukup rasa
  • Inti Daging:
  • @100gm daging kisar
  • @1 labu bawang besar (cincang atau dadu – ikut suka)
  • @1 biji telur
  • @1/2 sudu kecil garam
  • @sedikit lada sulah
CARA PENYEDIAAN
  • Didihkan air dalam periuk yang besar yang muat kobis.
  • Potong keliling tangkai kobis dengan pisau. Cucuk dengan garpu besar pada pangkal kobis dan celur dalam air yang mendidih sekejap.
  • Angkat dari air, rendam dalam air sejuk dan tarik satu lapis daun kobis. Ulang beberapa kali proses yang sama supaya dapat 6 keping daun kobis.
  • Kalau urat ditengah daun besar dan keras, hiris buang supaya jadi nipis. Nanti senang nak balut inti. Lap dengan tisu dan letak tepi.
  • Dalam mangkuk, campur daging, garam, lada sulah dan telur. Gaul rata. Masukkan bawang besar dan gaul lagi. Bahagikan inti kepada 6 bahagian, letak atas daun kobis dan balut macam balut popia.
  • Cucuk dengan pencungkil gigi atau lidi supaya tidak terbuka nanti macam dalam gambar.
  • Ketuk bawang putih dengan pisau dan cincang halus. Masukkan dalam kuali bersama minyak zaitun dan panaskan. Bila dah naik bau, masukkan tomato, puri tomato, air dan kiub ayam. Masukkan gulungan kobis dan renehkan selama 15 minit.
  • Masukkan gula, garam dan lada sulah ikut selera. Jika suka tabur ‘basil flake’ (kalau ada yang segar, lagi sedap), kacau dan tutup api.
  • Inti boleh tambah benda lain jika suka. Kali ini saya campur okara (hampas kacang soya) & hijiki (rumpai laut hitam).
  • #Jangan lupa cabut lidi semasa menghidang :)

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN