Kimbap membawa maksud nasi yg digulungkan bersama bahan-bahan lain seperti timun, telur, crabmeat etc di dalam kepingan seaweed.
(Bap = nasi; kim = kepingan seaweed)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kimbap (Korean Rice Roll)

Kimbap membawa maksud nasi yg digulungkan bersama bahan-bahan lain seperti timun, telur, crabmeat etc di dalam kepingan seaweed.
(Bap = nasi; kim = kepingan seaweed)

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket kepingan seaweed
  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 bungkus crab meat
  • 1 biji timun – dihiris memanjang
  • 3 biji telur – digoreng dan dihiris memanjang
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit cuka
  • Mayonis
  • Bahan kicap : Kicap, kiub ikan bilis, gula
CARA PENYEDIAAN
  • Masak nasi seperti biasa. Setelah masak, sejukkan.
  • Gaul nasi yang telah sejuk dengan sedikit garam, gula, ajinomoto dan cuka untuk beri sedikit rasa masin, manis dan masam pada nasi.
  • Sediakan semua bahan-bahan : crab meat, hirisan timun, telur dan mayonis.
  • Bentangkan seaweed. Spread nasi di atasnya (jangan banyak sangat nasi).
  • Sapukan mayonis nipis dan rata di atas nasi.
  • Kemudian susunkan pula crab meat, hirisan timun dan telur di atasnya. Jika suka, boleh tambah/ganti dengan tuna, carrot etc.
  • Gulungkan kepingan seaweed yg berisi bahan-bahan itu tadi.
  • Potongkan pendek2 dan hidangkan.
  • Untuk kicap; rebuskan 1/2 cawan air bersama kiub ikan bilis hingga mendidih. Tambahkan 1 sudu besar gula dan kicap. Masak hingga sedikit pekat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN