Masakan Terengganu – resepi asal dari bonda, jadi pujaan hati…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ketupat Sotong Terengganu Style

Masakan Terengganu – resepi asal dari bonda, jadi pujaan hati…

BAHAN-BAHAN

  • 5-6 ekor sotong sederhana besar (kecik sangat or besar sangat tak sedap pulak)..terpulang pada kita sebenarnye, nak mkn banyak buat banyak heheheh
  • secawan beras pulut
  • secawan setengah santan
  • 2 ulas bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • seinci halia (dimayang)
  • sesudu kecik halba
  • garam dan gula secukup rasa
  • lidi/penyungkil gigi
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan sotong dulu, saya tak buang kulit merah pasal kalau ikut bonda saya, kulit merah tu yang akan menyedapkan lagi ketupat sotong nanti, buang kulit luar yg nipis tu aje !
  • Beras pulut dibasuh dan rendam ngan sedikit santan dalam sejam dua (lagi lama lagi sedap dan mudah masak nanti).
  • Isikan beras pulut dalam badan sotong, jangan penuh sangat, setengah je, pas tu tutupkan ngan kepala sotong dan kemaskan ngan lidi atau penyungkil gigi. buatlah macamana pun asal beras pulut tu tak terkeluar semasa proses memasak.
  • Dalam periuk, masukkan semua bahan (santan,bawang merah dan putih,halba,halia, garam dan gula)dan masakkan atas api. Kalau sotong dah kembung, dah masak lah tu…boleh angkat dan mkn…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN