Buat Raya Haji kelmarin… best lemak nya…!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ketupat Daun Kelapa

Buat Raya Haji kelmarin… best lemak nya…!

BAHAN-BAHAN

  • 8 cawan Beras pulut – basuh, rendam 2-3 jam & tapis
  • Santan secukup nya – agak2 tenggelam ketupat
  • 1 sudu besar Garam
  • 1 helai Daun pandan
  • +/- 18 biji Kelongsong ketupat
CARA PENYEDIAAN
  • Nak tunjuk cara anyam ketupat tu susah sikit kat sini, tapi yg dah siap anyam byk di jual waktu musim raya ni. Along belajar anyam dari arwah Opah waktu Along kecik2 dulu.
  • Isi beras pulut ke dlm kelongsong ketupat – jgn sampai penuh – agak2 ruang kosong dlm satu ibu jari kat bucu tu. Lepas tu matikan kedua2 bucu kelongsong dgn menyelitkan nya kedlm slit & simpul.
  • Rebus ketupat dgn santan, daun pandan & garam sehingga santan kering & keluar minyak. Tips, kalau santan cair tak keluar minyak nya & ketupat pun tak lemak, so pastikan santan tu kow…!
  • Hidangkan dgn rendang atau lauk kegemaran anda. Kalau mkn panas2 memang lagi best.
  • Ketupat ni tahan sampai 2 hari tak basi sbb rebus sampai keluar minyak. Tapi kena lah panaskan tiap hari. Senang je nak panaskan, tempek je atas kuali dgn api yg kecil – lagi best jadi nya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN