Kuih tradisional..
arwah mak ajar buat kuih ni..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ketayap
Kuih tradisional..
arwah mak ajar buat kuih ni..
BAHAN-BAHAN
- INTI
- 1 biji kelapa parut
(tak habis boleh simpan dlm fridge untuk kuih lain pulak..) - Gula merah/ gula kabung/ gula melaka
(ikut tahap manis yang anda suka) - 1/2 gelas air
- Klik di sini untuk isi bahan
- KULIT/ LEMPENG
- 3 cawan tepung
- 1/2 sudu teh garam
- 4 1/2 cawan air
- 3 sudu minyak masak
- merjerin/butter untuk sapu pada kuali
CARA PENYEDIAAN
- INTI
- cairkan gula dengan 1/2 gelas air
- setelah gula cair, masukkan kelapa parut
- kacau dan balik-balikkan inti supaya rata dan tidak melekat sehingga masak sehingga agak kering.
- angkat dan sejukkan.
- SEMENTARA INTI SEJUK, SEDIAKAN DAN BANCUH ADUNAN KULIT/LEMPENG
- campur semua bahan dalam mangkuk adunan dan kacau rata.
- BILA INTI DAH SEJUK
- panaskan kuali leper atau pan.
sapukan sedikit mentega / marjerin supaya kulit tak melekat - sendukkan adunan batter dadarkan atas kuali
- setelah masak angkat letak atas pinggan dan gulung bersama inti kelapa
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.