ni pu salah satu resepi yang dapat melalui salah satu blog..xingat la nama blog tu,apa2 pun saya ucapkan terima kasih kpd pemilik blog berkenaan kerana sudi berkongsi resepi..dan disini saya nak kongsi plk ngn kawan2 n pengunjung2 myresepi.com
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
ketayap upgrade
ni pu salah satu resepi yang dapat melalui salah satu blog..xingat la nama blog tu,apa2 pun saya ucapkan terima kasih kpd pemilik blog berkenaan kerana sudi berkongsi resepi..dan disini saya nak kongsi plk ngn kawan2 n pengunjung2 myresepi.com
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 2 helai daun pandan-amik air perahannya
- 1 cawan air suam
- 1/2 cawan susu cair atau santan
- 1/2 sudu teh garam
- pewarna hijau
- sedikit minyak utk disapu pada kuali
- (inti)
- 1/2 biji kelapa parut putih
- 3/4 cawan gula merah
- sedikit air
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu besar tepung pulut/jagung
CARA PENYEDIAAN
- Cara Penyediaan
Untuk inti: - Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. - Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah.
Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi. - Cara Penyediaan Untuk dadar:
- Satukan semua bahan untuk dadar dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul.Tapis dan bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian…dan setiap bahagian diwarnakan dgn warna2 yg berlainan-ikut feberet masing2 lah
- bhgn yg nk djadikan dadar tu lbhkan sedikit,klau buat 3 warna,2warna lagi tu amin sikit2 je…
- sapukan minyak pada kuali dan titik2 kan 2 warna yg sikit tu pada kuali,jarak2kan sikit antara titik tu,kemudian amik 1 senduk kecil yg nk dijadikan dadar tu tuangkan ke atas adunan yg dititik2 tadi dan lenggokkan kuali sehingga menutupi semua titik2 tersebut
- Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung
- no 7-corak bergantung pada kreativiti masing2,sama ada nk titik atau nk garis2kan…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.