Kuih ketayap yg divariasikan mcm kuih cara berlauk.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ketayap Berlauk

Kuih ketayap yg divariasikan mcm kuih cara berlauk.

BAHAN-BAHAN

  • 150g daging/ayam cincang
  • 1 biji capsicum
  • 1 batang saleri
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar (kuning)
  • daun kucai
  • 2 sb serbuk kari daging
  • garam secukup rasa
  • UNTUK KULIT KETAYAP
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan air
  • 1 sb mentega dicairkan
  • secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang sehinga wangi. Masukkan daging bersama serbuk kari.
  • Bila daging agak masak, masukkan semua sayuran dan garam. Kacau sebentar dan tutup api. Ketepikan.
  • Untuk kulit ketayap, satukan tepung, susu, air, telur dan garam. Kacau dengan whisk sehingga sebati dan tapis adunan.
  • Masukkan mentega cair dan kacau sebati.
  • Tuangkan 1/4 cawan adunan ke atas non-stick pan yg sudah dilenserkan dengan sedikit mentega. Masak dengan api perlahan.
  • Bila kulit dah siap, bolehlah mula menggulung bersama inti tadi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN