tak pasti apa nama resepi sebenar. agak2 ikut rasa je ni sbb terkenangkan masakan ni yg dihidangkan sewaktu berada di kelong mersing dulu (kelong tu pun da tkde lagi).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Ketam Masak Mayonis ?

tak pasti apa nama resepi sebenar. agak2 ikut rasa je ni sbb terkenangkan masakan ni yg dihidangkan sewaktu berada di kelong mersing dulu (kelong tu pun da tkde lagi).

BAHAN-BAHAN

  • ketam bunga (agak2 dlm 1 kg gitu)
  • 10 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 sdb udang kering, direndam
  • 6-7 cili padi, dihiris dan dibuang biji
  • 3-4 tangkai daun kari
  • 1 sdb sos tiram
  • 3 sdb mayonis
  • 2 biji telur
  • 1 sdk serbuk lada hitam kasar (coarse blackpepper)
  • garam & gula secukup rasa
  • minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan sedikit minyak dan goreng ketam sekejap dlm 5 minit gitu. Ketepikan.
  • Gunakan minyak yg baru, tumiskan bawang putih sekejap. Kemudian masukkan udang kering yg direndam tadi, cili padi dan daun kari. Gaul dan masak sebentar.
  • Masukkan sos tiram dan mayonis. Kacau jap kemudian masukkan ketam dan balik-balikkan.
  • Pecahkan telur. Taburkan blackpepper, gula dan garam secukup rasa. Balik-balikkan dan biarkan masak. Siap!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN