Resepi ketam mengikut citarasa. Sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ketam Kukus Sos Plum

Resepi ketam mengikut citarasa. Sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 1 kilo ketam bunga (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 sudu makan taucu / taucu pedas (boleh tambah atau kurangkan)
  • 2-3 sudu makan sos cili
  • 1-2 sudu makan sos plum (jika tiada, boleh ganti dgn sos masam manis dsb)
  • kicap cair / kicap manis
  • minyak bijan secukupnya
  • sedikit hirisan cili benggala (dihiris dadu)
  • sedikit hirisan daun bawang
  • sedikit hirisan cili padi – jika suka
  • gula – jika perlu
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan bekas tahan panas atau loyang. Susunkan ketam di dalamnya. Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
  • Di dalam kuali, panaskan minyak bijan secukupnya. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau. Kemudian masukkan taucu dan sos plum. Tumis lagi
  • Masukkan sos cili, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih. Kemudian, masukkan gula (jika perlu), cili benggala dan cili padi. Jika ingin kuahnya pekat, bolehlah ditambah dgn bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kelihatan pekat. Tutupkan api dan tuangkan ke atas ketam tadi.
  • Kukuslah selama 7-10 minit atau sehingga masak.
  • Setelah masak, angkat dan hiaskan dgn hirisan daun bawang. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN