Bagaimana cara nak masak Kerutup Sotong?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerutup Sotong

Bagaimana cara nak masak Kerutup Sotong?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g sotong (saiz besar) 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • ½ inci lengkuas 
  • (Bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas dikisar bersama)
  • 3 sudu makan rempah kerutup  (dibancuh dengan sedikit air) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 sudu teh pati asam jawa 
  • 1 sudu makan gula 
  • 2 sudu makan kerisik 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Buangkan kulit sotong. Basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi. 
    3. Masukkan rempah kerutup. Kacau sehingga pecah minyak. 
    4. Masukkan santan pekat, pati asam jawa, gula, kerisik, dan garam. Kacau rata dan masakkan sehingga pecah minyak dan pekat. 
    5. Masukkan sotong. Kacau rata sehingga nampak mendidih. Hidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN