Project Description

Sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerutuk daging

Sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih

BAHAN-BAHAN

  • 500g daging
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu cili giling
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 keping gula melaka/manisan
  • 2 sudu besar kerisik
  • [bahan tumis]
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
  • Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
  • Panaskan minyak
  • Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
  • Kemudian masukkan campuran rempah tadi
  • Masak sehingga pecah minyak
  • Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  • Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  • Siap untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.