Sedap dan rangup macam kerepek ubi. Sesuai dikunyah bila2 masa sahaja.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kerepek Jagung Pedas
Sedap dan rangup macam kerepek ubi. Sesuai dikunyah bila2 masa sahaja.
BAHAN-BAHAN
- 3 cawan(metrik) empingan jagung (dyg guna Kellog’s Cornflake asli)
- 1 labu bawang besar @ 5 biji bawang merah (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 3 -4 sb cili kering kisar (boleh tambah dan kurang ikut citarasa)
- 1 sk garam
- 2 1/2 @ 3 1/2 sudu besar minyak masak (bergantung pd banyaknya cili dan bawang yg digunakan)
- 1 1/2 @ 2 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga betul2 pecah minyak.
- Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi dan biarkan sehingga garing.
- Barulah dimasukkan emping jagung tadi. Gaulkan sehingga rata selama 10 saat dan kemudian terus tutupkan api. Gaulkan lagi sehingga sebati.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dlm bekas kedap udara.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.