Kerapu Tiga Rasa

Resepi dari teman serumah semasa bujang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerapu Tiga Rasa

Resepi dari teman serumah semasa bujang.

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan kerapu sederhana besar, 3 biji bawang besar (holand)- dipotong dadu, 3 ulas bawang putih – dicincang halus, 1 biji timun- dipotong dadu, 2 keping nenas- dipotong dadu, 1 sudu kecil cili boh, 2 sudu besar sos cili, 2 sudu besar sos tomato,
  • 2 sudu sos tiram, 1 sudu besar tepung jagung, 1 biji telur, salad, daun sup, sedikit gula, garam dan serbuk perasa.
CARA PENYEDIAAN
  • 1) Ikan yang telah dibersihkan di salut dengan telur yang telah dicampur dengan sedikit garam dan digolekkan kedalam tepung jagung. 2) kemudian goreng ikan tersebut hingga garing dan rangup. Angkat ikan dan ketepikan dahulu. 3) Panaskan minyak, tumis bawang putih. Setelah naik bau, masukkan pula bawang besar yang telah dipotong dadu. 4) Masukkan cili boh dan gaulkan. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan gaulkan lagi. 5) Masukkan nenas dan timun yang telah dipotong dadu tadi dan gaulkan biar rata. 6) masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. 7) Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan biar rata dan terus dimasukkan ke dalam bekas yang telah diletakkan salad. Tabur daun sup/daun bawang di atasnya sebagai hiasan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago