sedap dimakan dengan ulam dan sambal belacan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerapu Asam Pedas

sedap dimakan dengan ulam dan sambal belacan

BAHAN-BAHAN

  • Ikan kerapu saiz sederhana- dibersihkan dan dipotong 3 bahagian. (ikan lain macam kembong pun ok jugak).
  • 3 hiris lengkuas*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 hiris kunyit hidup* (kalau takde, gunakan serbuk kunyit pun boleh)
  • 1 sudu makan cili kisar/cili boh
  • 2 keping asam keping
  • cili besar, dipotong 2
  • 2 biji tomato dipotong 4
  • secekak daun kesum
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan yang telah dibersihkan di masukkan dalam periuk
  • Kisar semua bertanda * dan masukkan dalam periuk berisi ikan tadi. Masukkan juga cili kisar, asam keping, daun kesum dan air. Jika guna serbuk kunyit, masukkan sekali. Masakkan hingga kuah mendidih.
  • Masukkan buah tomato dan cili tadi. Tambahkan garam dan sedikit gula secukupnya. Biarkan gulai mendidih lagi sebentar. Kacau sesekali.
  • Tutup api. Bolehlah dihidangkan.
    Selamat Mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN