resepi sendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerang masak sambal hitam

resepi sendiri

BAHAN-BAHAN

  • 1 Kilo kerang
  • bawang besar 1 biji besar (dihiris)
  • bawang putih 4 ulas
  • halia sebesar ibu jari
  • lada kering kisar satu mangkuk kecil ( yg telah di blend dan dicampur dgan belacan, bawang)
  • kicap manis 1 mangkuk kecil
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 sudu besar madu
  • sedikit air,garam dan bahan perisa secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh kerang sebersih-bersihnya, kemudian rebus kerang bersama 2 ulas bawang kecil,serai (diketuk) dan secubit garam
  • Setelah kerang direbus, buangkan airnya (tidak perlu dikupas)
  • Panaskan minyak di kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, halia yang telas ditumbuk serta masukkan serai
  • Masukkan lada kering yang telah dikisar, tumis sehingga naik minyak
  • Kemudian, masukkan kicap manis, madu, garam dan bahan perisa dan tumis sehingga naik bau..
  • Masukkan kerang bersama kulit-kulitnya dan sedikit air, jika kurang manis atau manis, tambahkan kicap atau madu mengikut citarasa sendiri
  • Siap untuk dihidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN