Sedap dimakan dengan lauk ala thai yang lain seperti tom yam dan paprik….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KERABU TELUR DADAR

Sedap dimakan dengan lauk ala thai yang lain seperti tom yam dan paprik….

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur (digoreng dadar seperti biasa)
  • 4-7 tangkai cili api dihiris nipis(bergantung pada tahap kepedasan masing-masing)
  • 1 biji bawang besar (diihiris nipis)
  • 1/2 biji buah tomato (dipotong wedges) atau beberapa biji buah tomato ceri (dibelah 2)
  • 1/2 biji buah epal hijau (dihiris memanjang)
  • 2 biji buah limau kasturi (diperah,ambil airnya)
  • Sos ikan secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit daun ketumbar diracik sederhana kecil
CARA PENYEDIAAN
  • Potong atau gunting telur dadar yang telah digoreng memanjang seperti mee.
  • Bancuhkan air perahan limau,sos ikan dan gula di dalam pinggang. Kacau rata.
  • Gaul semua bahan seperti bawang besar,cili api,epal hijau dan telur dadar yang telah dipotong. Gaul sebati bahan tersebut.
  • Tambahkan daun ketumbar. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-lauk lain.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN