Bagaimana cara nak masak Kerabu Suun & Sotong?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kerabu Suun & Sotong
Bagaimana cara nak masak Kerabu Suun & Sotong?
BAHAN-BAHAN
- 50 g suun
- 300 g sotong sederhana besar
- 10 tangkai daun kesum (Dihiris)
- 3 biji cili api (Dihiris)
- 3 biji cili merah (Dihiris)
- 2 biji ciji hijau (Dihiris)
- 1 labu bawang besar (Dihiris)
- 1 kuntum bunga kantan (Dihiris)
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 1 sudu makan sos ikan
- ½ sudu teh gula
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Rendamkan suun sehingga lembut. Celur dengan air panas mendidih dan tuskan kering.
- Buangkan kulit sotong dan bersihkan. Basuh dan potong bulat.
- Masukkan sotong ke dalam kuali dan masak selama 4-5 minit. Tuskan.
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
- Sedia dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.