Bagaimana cara nak masak Kerabu Su’un Dan kentang?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerabu Su’un Dan Kentang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Su’un Dan kentang?

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji kentang 
  • 50 g suun 
  • 2 sudu makan kacang tanah (Digoreng dan ditumbuk kasar) 
  • 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • 3 sudu makan sos ikan 
  • 2 biji cili merah (Dihiris kasar)
  • 2 biji cili hijau  (Dihiris kasar)
  • 1 labu bawang besar  (Dihiris kasar)
  • 1 batang serai  (Dihiris kasar)
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Buangkan kulit kentang dan potong kecil-kecil. 
    2. Rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga lembut dan tuskan. 
    3. Rendamkan suun dan celur dengan air panas. Kemudian tuskan. 
    4. Masukkan semua bahan dan gaul sehingga rata. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN