Bagaimana cara nak masak Kerabu Sotong Bakar?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerabu Sotong Bakar

Bagaimana cara nak masak Kerabu Sotong Bakar?

BAHAN-BAHAN

  • 4 ekor sotong saiz sederhana (Dibuang kulit) 
  • ½ sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 sudu makan cili kisar 
  • 2 biji cili merah (Dicincang)
  • 4 biji cili api (Dicincang)         
  • 1 biji tomato (Dicincang)              
  • 1 biji bawang besar (Dicincang)   
  • 1 sudu makan sos cili thai 
  • 1 kuntum bunga kantan  
  • 2 tangkai daun bawang (Dihiris)  
  • 4 biji limau kesturi (Diambil jusnya) 
  • ½ sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Kelar sotong sedikit dan gaulkan dengan serbuk kunyit, cili kisar, dan garam. 
    2. Bakar sotong sehingga masak. Hiris kasar. Ketepikan. 
    3. Belah dua bunga kantan dan hiris halus. 
    4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Gaul dengan perlahan  supaya sebati.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN