Bagaimana cara nak masak Kerabu Selom dan Tauge?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kerabu Selom dan Tauge
Bagaimana cara nak masak Kerabu Selom dan Tauge?
BAHAN-BAHAN
- 1 ikat daun selom
- 1 mangkuk tauge (Dibersihkan)
- 5 biji cili merah
- 5 biji cili api
- 1 sudu teh belacan
- 2 sudu makan udang kering
- ( Cili merah, cili api, belacan dikisar bersama udang kering)
- 1 cawan kelapa (Ambil putih sahaja)
- 2 labu bawang besar (Dihiris)
- 3 biji limau kesturi (Diambil jus)
- 1 sudu makan minyak masak
- ½ sudu teh gula
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Hiriskan daun selom. Basuh dan tuskan.
- Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
- Masukkan kelapa, garam, dan gula. Kacau rata. Padamkan api.
- Masukkan daun selom, tauge, bawang besar, dan jus limau kesturi.
- Gaul rata dan hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.