Bagaimana cara nak masak Kerabu Pegaga?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kerabu Pegaga
Bagaimana cara nak masak Kerabu Pegaga?
BAHAN-BAHAN
- 300 g daun pegaga
- 1 cawan kelapa parut (Ambil putih sahaja)
- 1 labu bawang besar (Dihiris)
- 1 sudu makan gula pasir
- 7 biji limau kesturi
- 3 biji cili merah
- 3 biji cili api (Sekiranya suka)
- 3 biji bawang merah
- 1 cawan ikan bilis
- 1 sudu teh belacan
- Garam secukup rasa
Bahan A
Bahan B (Sambal) *Ditumbuk
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan daun pegaga dan hiris halus.
- Masukkan semua bahan B dan kelapa parut ke dalam kuali. Panaskan sehingga sambal nampak kering. Kemudian tutupkan api.
- Masukkan daun pegaga dan bawang besar.
- Kacau rata dan perahkan limau kesturi. Rasakan garamnya.
- Hidangkan bersama nasi putih.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.