kegemaran aku dari kecik lagi…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kerabu bunga, pucuk dan btg betik

kegemaran aku dari kecik lagi…

BAHAN-BAHAN

  • satu mangkuk bunga betik
  • 5 – 6 helai pucuk dan btg betik(muda)
  • 5 -6 biji cili padi(kalau suka pedas boleh tambah)
  • sejemput ikan bilis
  • 1/2 inci belacan
  • 1 biji bawang besar
  • 1 mangkuk(sedang) kelapa
  • 2 – 3 biji limau kasturi
  • garam, gula dan serbuk perasa.
  • 3 -4 ketul cekur
  • 3- 4 helai daun cekur
CARA PENYEDIAAN
  • bersihkan batang betik muda…buang selaput pada btg betik muda..agar tidak pahit…rebus bunga, pucuk dan batang betik…kalau saya rebus dengan air tanah liat untuk hilangkan rasa pahit..ade petua rebus bersama daun senduduk…kalau gunakan air tanah liat mmg x pahit…kalau dikampung senang nak dapat tanah liat…
  • Apabila daun. bunga dan btg betik dah empuk, angkat dan basuh bersih dengan air..potong batang betik kecil2…sama juga dengan pucuk betik…hiris halus2…daun cekur pun hiris halus2…ketepikan dulu.
  • goreng ikan bilis hingga garing, belacan pun goreng juga..kelapa digoreng tanpa minyak hingga kekuningan…
  • potong bawang besar nipis…campurkan dengan bunga, pucuk dan btg betik yg telah dihiris tadi. Tumbuk cili padi, ikan bilis goreng, belacan dan cekur hingga lumat..masukkan kelapa yg telah digoreng tadi..tumbuk hingga bahan2 tadi sebati…masukkan bahan2 yg ditumbuk kedalam mangkuk dan campurkan dengan bunga, pucuk, batang betik, bawang yg dihiris, daun cekur yg dihiris..gaul rata2 hingga sebati…perahkan asam limau..rasakan garam, gula dan serbuk perasa…
  • siap untuk dihidang bersama nasi panas..sedap dan membuka selera…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN