Kepingan Badam Berkrim

Ringkas, mudah dan sedap…tidak percaya ke? Cuba buat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kepingan Badam Berkrim

Ringkas, mudah dan sedap…tidak percaya ke? Cuba buat.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 125 g gula kastor/halus
  • 2 biji telur gred A
  • 1 camca teh esen vanila
  • 165 g tepung naik sendiri, diayak
  • 125 ml krim
  • BAHAN B:
  • 90 g mentega
  • 80 g gula kastor/halus
  • 75 ml krim
  • 1 camca besar tepung gandum
  • 100 g kepingan badam
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 1) inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak.
  • Dalam satu bekas, kacau semua bahan A menggunakan pengacau, kecuali tepung penaik. Kacau hingga sebati dan gula larut.
  • Masukkan tepung berserbuk penaik sedikit demi sedikit sambil terus mengacau hingga sebati dan tidak berbintil.
  • Tuang dalam tin yang telah dilenser tadi dan ratakan adunan. Bakar 15 – 20 minit atau hingga permukaan kek menjadi sedikit keperangan.
  • Sementara kek masak, satukan bahan B dalam periuk, kecuali kepingan badam. Kacau tanpa henti di atas api perlahan sehingga mentega cair dan bergaul mesra dengan semua bahan. Biarkan mendidih sehingga menjadi sedikit pekat. Masukkan kepingan badam dan gaul hingga mesra. Matikan api. Ketepikan sebentar.
  • Keluarkan kek dari oven (jangan matikan api oven lagi), tuang bancuhan badam tadi atas permukaan kek dan ratakan perlahan-lahan dengan spatula hingga rata. Jangan tuang satu tempat sahaja, tuang di beberapa bahagian supaya mudah untuk meratakannya.
  • Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga permukaannya menjadi kuning keemasan.
  • Bila siap, keluarkan dari oven dan larikan pisau di sekeliling kek (antara kek dan tin). Biarkan kek sejuk, baru dikeluarkan dari tin, potong ikut kreativiti masing-masing.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago