Wien Gebratene Gans

Resipi tradisi masyarakat Austria menjelang perayaan. Resipi daripada nenek. Resipi asal pakai angsa, wain merah dan bir. Tapi saya sudah olah pakai ayam, sos Tabasco merah dan sos BBQ.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Wien Gebratene Gans

Resipi tradisi masyarakat Austria menjelang perayaan. Resipi daripada nenek. Resipi asal pakai angsa, wain merah dan bir. Tapi saya sudah olah pakai ayam, sos Tabasco merah dan sos BBQ.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam (saiz besar – jangan potong cuma bersihkan sahaja)
  • 1 biji buah oren
  • 1 biji epal hijau
  • 1 biji buah pir
  • Garam, lada sulah dan morjaram secukup rasa
  • Sedikit minyak zaitun, sos Tabasco merah, sos BBQ dan air
  • Cili merah, hijau dan bawang besar yang telah disaute untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh ayam dengan air suam hingga bersih dan lapkan dengan kertas tisu khas kegunaan dapur hingga kering. Masukkan ke dalam dulang pemanggang.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 220 darjah Celcius. Potong epal, oren dan pir didadu.Kemudian gaulkan buah-buahan ini dengan morjaram, lada sulah dan garam hingga rata.
  • Lumurkan juga ayam tadi dengan garam, morjaram dan lada sulah hingga rata. Sumbat perut ayam dengan buah-buahan yang telah dipotong tadi.
  • Panggang ayam hingga masak. Sentiasa alihkan ayam ini 30 minit sekali untuk memastikan ianya masak rata. (Klipkan setiap tempat yang terbuka pada ayam sebelum memanggang).
  • Sos: Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan sos BBQ, sos Tabasco dan kacaukan. Tambah sedikit air.
  • Keluarkan ayam dari ketuhar. Curahkan sos di atasnya dan taburkan dengan bahan-bahan yang telah disaute. Siap untuk hidangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago